Sunday 27 November 2011

Jam , cincin dan ........

Kesah bermula adanya hari selepas hujan

Aku terjaga dari tido.. Tido yg lena kerana hujan yg lebat serta angin-angin yg kencang menggoyangkan pokok sehingga mengeluarkan bunyi yg agak menyeramkan. Tapi itu aku tak pernah endah. Aku adalah seorang yg tidak percayakan benda-benda tahyul. Semua tu hanyalah cerita dongeng yg diturunkan kepada anak-anak supaya tidak bermain di senja dan malam hari.

Aku pon bergegas mengambil tuala. Tuala biru hijau yg cukop usang dan lusuh. Memang favourite aku sejak abis skola lagi. Sudah 2 tahun aku menggunakan tuala tu walaupon disuruh mama utk tukar yg baru. Aku tetap berdegil.

Degil..

Jam tangan, gelang kulit, rantai silver satu persatu aku tanggalkan. Diletakkan atas meja study betul2 bersebelahan laptop aku. Meja yg aku menelaah buku dan juga bermulanya kesah aku dan Markonah. Walaupon namanya agak kuno. Tp perwatakan sgt aku senang bila disisi. Hubungan bermulanya di Facebook dan diakhiri di Facebook juga. Walaupon tak berjodoh. Aku tetap doakan beliau sentiasa bahagia. Itu sumpah aku..!

Selesai mandi, aku mengenakan jeans Levi's yg dibeli di bundle pasar malam Jelutung dan baju Evisu berwarna hitam. Ditengah baju dijahit dengan lambang evisu yg kainnya berbulu seperti carpet yang berwarna coklat. Jam tangan, gelang kulit dan rantai silver yg ditanggalkan tadi di pakai semula.

kletak.. kletak..

pedal gear moto Yamaha Lagenda ditekan supaya lampu Neutral menyela.

"weh! hg nak p mana??" - Aman menempik sambil buat muka penuh tanda soal.

"Ucux nak p makan sat. Anje tolong jage umah. Nanti Ucux bawak balik makanan untuk anje ok"

"pui.. bila masa aku jadik bini hang!? - Aman jelir seboleh-bolehnya

*************
Enjin moto dimatikan.

Alip segera keluar dari rumahnya. Mungkin kerana sifat ingin tahu beliau. Dia memang terkenal dengan sifat tu di poli. Sampaikan semua orang menggelarkan beliau " annoy @ annoying". Sebab beliau akan byk bertanya di dalam kuliah serta dalam perbincangan walaupon perbincngan itu hanya di meja makan.

"ciss, aku ingat Dianna yg datang td. Apehal ko datang cni? - Alip mulakan perbualan

"waalaikumsalam" salam aku beri bersama senyuman

Alip terkulat-kulat bila mendengar aku memberi salam.

"weh, guwa ingat Ipoh nih kecik, Tp bapak besaQ gile. Naik barai moto aku nih nak sampai umah ko!" 

"C bai.! stakat Taman Cempaka ngan Taman Razaki nih x sampai 10 minit kot. Dah la datang tak bagitahu. Mati-mati aku ingat Dianna datang bawak assignment Pn. Norlia td. Aku ade gak soh die belikan lunch utk aku. Dah pukul 2 kot. Boleh mati kebulur aku camnih. Minah nih pon manenye tak sampai-sampai" - balas Alip

"Sabar la der. Tak lari klau gunung dikejar. Hahaha..! Ni ha.. Guwa nak bagi surprise kat lu. G tgk lam rega moto aku"

" Eh, Pesal ko yg bawak assignment nih? Nasik nih utk aku gak ke? - Alip mengukir sedikit senyuman tapi nampak kepahitan lam senyuman tu.

"Td ha.. Mase guwa on d way ke Kedai Kak Ton. Tetiba je minah tu kol guwa. Soh singgah umah die jap sbb ternampak guwa lalu depan umah die. Alih-alih dia soh guwa pass assignment nih kat ko then soh plak guwa tapaukan nasik nih utk ko. Baekkan guwa nih. Minah yg biarkan ko mati kebulur cakap nak g zoo taiping, jumpe skandal ape ntah."

"isk.. Budak2 remaja skang nih. Nak berskandal pon ngan babun dalam zoo. Yg segak bergaya macam aku nih x nak la plak. Mentang-mentang aku pakai moto cabuk Yamaha Sport je" - Alip buat muke sedih

"poddah.! muke elok skit je dari babon, ade hati kat Dianna konon. Guwa tak pe la kekacakan tu ada"

Kah!! Kahh!! Kahh!!
kedua-dua ekor beruk pon ketawa berdekah-dekah.

*******
Enjin dimatikan sekali lagi bersebelahan van rojak buah di Padang Polo. Rojak nih memang agak popular di sekitar bandar Ipoh. Dah jadi trend kehidupan pelajar poli. Beli rojak kemudian lepak di pondok yg disediakan di tepi-tepi padang. Muke bertentangan dan mule adegan-adegan panas berlaku disitu. Aku tak ambik pusing perkara-perkara tu selagi tak melibatkan aku.

 Aku pon mengambil port pondok yg ujung skali. Pondok yg agak tersembunyi. Agak terlindung dengan pokok-pokok yg ditanam oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Kasut Adidas Superstar aku diletakkan di tangga. Aku mengambil beberapa helai surat khabar yg ditinggalkan sebagai lapik utk aku bersila. Sambil aku nikmati rojak tu aku membuka jam sambil berangan menyuap rojak gadis yg secantik Lisa Surihani di pondok tu.

tiba-tiba

" eh, sapa plak tinggai cincin nih.!?" - cakap aku sendirian

2 bentuk cincin terselit di celah pagar pondok.
"cilaka! mesti budak-budak yg beromen nih tinggai kat cni. Ahh aku dulik apa" 

Aku pon menyarung cincin tu di jari manis dan kelingking. Sebab salah satu cincin tu saiznya agak kecil. Cincin-cincin itu diperbuat dari silver agak nya.. Sah.!! tertera 925 di bahagian dalam cincin. Ukiran sangat cantik walaupun aku nih jenis tak tahu seni ukiran. Ukiran bermotif diamond dan daun pada cincin besar. Cincin yg berada di jari manis aku plak tiada ukiran. Cuma terdapat dua garisan berhampiran dengan sisi kiri dan kanan cincin itu. Kedua-dua cincin nih keadaan sgt elok. Tak de langsung kesan calar-calar.

"mungkin owner cincin nih putus cinta kot. Sebab tu la dia tinggai kat sini" aku berbisik sendirian

Sesudah je rojak dihabiskan. Terus aku balik ke rumah. Keadaan mendung sejuk membuat mata aku lali. Kipas brand KDK pulak berpusing dan radio cabuk dipasang. Memang tabiat aku.

Tido
******

Kuk... kukkk.. kukk.. Amin mengetuk meja study.

"weh kronik! dah maghrib"

Tersentap seketika. Mata aku terkebil-kebil melihat Aman agak berlainan kali nih. Berkali-kali mata aku digosok. Memang sah apa yang aku tgk.

"hang nih nak p kenduri doa selamat ke dengan kepiahnya, baju melayunya.. tak penah-penah guwa tgk hang lagu ni"

"nak solat la" - Aman berlalu dengan selamba

"Alhamdulillah lah!! Ade gak peneman guwa kat syurga nnti.!! hehehe"

Aku pon bangun dari tempat tido. Seperti biasa ja aku ke meja study. Baju dibuka, seluar ditanggalkan dan dilemparkan  ke dalam bakul sebelah meja study.

"Hurm.. Agak2 nye bila la aku nak basuh baju-baju nih. Kan bagus ade bini, boleh lah dia basuh, jemur lipatkan baju-baju nih"

Gelang kulit, rantai banger dan cincin-cincin yg dijumpa tadi ditanggalkan. Eh! ada kekurangan ja. Aku mengamati betul-betul barang yg aku tanggalkan. Sial..!!!

"Jam guwa tertinggal kat pondok..!!"

Aku periksa betul-betul di tempat tido aku. Bantal, selimut, cadar semua aku lempar di lantai. Satu bilik aku geledah. Tak jumpa. Sah.! memang aku tinggal kat pondok.

Aku mandi dengan tergesa-gesa. Sesudah mandi, aku tunaikan rukun Islam yg kedua. Dengan segera aku ke pondok td. Kebetulan tak de sesiapa kat situ. Aku naik ke pondok tu. Tapi hampa. Jam tangan aku dah takde.!!! Sedih!! Walaupon tak mahal, tp banyak berjasa dan kenangan aku dengan jam tu..!! Itulah nasib kalau lalai sangat. Tambah pulak terlalu leka dengan cincin yg baru jumpa. Lepas nih aku janji akan lebih berhati-hati dan akan cermat setiap barang yang aku miliki.

Sumpah aku!!

**************

Kehilangan jam td betul-betul buat aku rasa tak selesa. Sentiasa teringat dan makan masa untuk aku sesuaikan diri dengan kehilangan jam tangan. Sesekali aku terpandang tangan kiri bila mahu melihat jam. Tp kosong...

 Sekarang baru aku sedar. Hubungan kita sesama insan.. Jangan kita abaikan yg memang dekat dan milik kita. Sama konsep dengan jam tangan tadi. Kita dah miliki. Tapi lalai dengan perkara yg baru. Terutama org yang kita sayang.

Walaupun sekarang nih kau dah dimiliki orang len, Aku tetap doakan kau bahagia.!!!

Sumpah aku..


sila abaikan ayaQ kotak.. heheh..




 p/s : cuba letak tangan kiri korang kat dada.. Rasa-rasa benda apa paling dekat ngan hati?

19 comments:

Unknown said...

aien ingatkan cerpen tadi.. hehe..
gaya tulisan yang menarik..

dira said...

jie...pasni jgn careless lagi ye...jaga barang2 yg dekat ngn hati tuh elok2...luv ur post...really meaning full...

Anonymous said...

sedihnye....tu la org kata....you never know what you have till it's gone....

Izyan Masri said...

WHOAH.SEMUA BRANDED2 JE.BARU SEDAQQQ XD

masyitah.mohd.rosli said...

cerita yang sangat menarik..=D

Anonymous said...

wah...dah boleh jadi penulis ni....

KizZ said...

Pergh terbai..dah macam ala=ala novel gitu..jaga lek lok ya barang-barang berharga tuh..

fza said...

tu la..ambik lagi cincin org..brg sndiri lak ilang

y i e n said...

malas nak baca panjang2, lalala~~~

Unknown said...

alololo.. sian ya ... xpa .... yg hilang tu biaq hilang . jga ja yg mna ada tu :) . ada rezeki bolh beli jam mhal sikit ..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ui..pnjg benor entry..huhu..

dh leh wat tulis cerpen ni..lalalal..

ILA HonEyBuNNy said...

barang berharga mmg syg n terasa jika kehilangannya...

gigih baca tentang cincin tu....lau benar la ada org tgl cncn mas..ehheh

LAici KAng Ais said...

tumpang lalu...

terbaek lah entry nih

MiSS JiJ said...

post paling panjang yg pnh ak bace kt blog ni...slalu sket je perenggan nye :P

Qaseh said...

nice..hehee macam baca cerpen pulak :) ..terbaik la!

khatgrafik said...

Mak aii.. syoq pulak layan entri ni.. baguih2.. relax ja bila baca :) Keep it up..

Nur Azila Romli said...

wah... dh bleh wat cerpen nie....

azu said...

boleh tahan cerpen awak..tp terselit ayat sedey lar..jgn sedih2 k..senyum selalu..indah dan muram dlm hidup hanya kita yg tentukan..smile mrkronik~

Anonymous said...

ok.not bad,
funny pon ad gax..
ekekeke
keep it up~