Sunday 27 November 2011

Jam , cincin dan ........

Kesah bermula adanya hari selepas hujan

Aku terjaga dari tido.. Tido yg lena kerana hujan yg lebat serta angin-angin yg kencang menggoyangkan pokok sehingga mengeluarkan bunyi yg agak menyeramkan. Tapi itu aku tak pernah endah. Aku adalah seorang yg tidak percayakan benda-benda tahyul. Semua tu hanyalah cerita dongeng yg diturunkan kepada anak-anak supaya tidak bermain di senja dan malam hari.

Aku pon bergegas mengambil tuala. Tuala biru hijau yg cukop usang dan lusuh. Memang favourite aku sejak abis skola lagi. Sudah 2 tahun aku menggunakan tuala tu walaupon disuruh mama utk tukar yg baru. Aku tetap berdegil.

Degil..

Jam tangan, gelang kulit, rantai silver satu persatu aku tanggalkan. Diletakkan atas meja study betul2 bersebelahan laptop aku. Meja yg aku menelaah buku dan juga bermulanya kesah aku dan Markonah. Walaupon namanya agak kuno. Tp perwatakan sgt aku senang bila disisi. Hubungan bermulanya di Facebook dan diakhiri di Facebook juga. Walaupon tak berjodoh. Aku tetap doakan beliau sentiasa bahagia. Itu sumpah aku..!

Selesai mandi, aku mengenakan jeans Levi's yg dibeli di bundle pasar malam Jelutung dan baju Evisu berwarna hitam. Ditengah baju dijahit dengan lambang evisu yg kainnya berbulu seperti carpet yang berwarna coklat. Jam tangan, gelang kulit dan rantai silver yg ditanggalkan tadi di pakai semula.

kletak.. kletak..

pedal gear moto Yamaha Lagenda ditekan supaya lampu Neutral menyela.

"weh! hg nak p mana??" - Aman menempik sambil buat muka penuh tanda soal.

"Ucux nak p makan sat. Anje tolong jage umah. Nanti Ucux bawak balik makanan untuk anje ok"

"pui.. bila masa aku jadik bini hang!? - Aman jelir seboleh-bolehnya

*************
Enjin moto dimatikan.

Alip segera keluar dari rumahnya. Mungkin kerana sifat ingin tahu beliau. Dia memang terkenal dengan sifat tu di poli. Sampaikan semua orang menggelarkan beliau " annoy @ annoying". Sebab beliau akan byk bertanya di dalam kuliah serta dalam perbincangan walaupon perbincngan itu hanya di meja makan.

"ciss, aku ingat Dianna yg datang td. Apehal ko datang cni? - Alip mulakan perbualan

"waalaikumsalam" salam aku beri bersama senyuman

Alip terkulat-kulat bila mendengar aku memberi salam.

"weh, guwa ingat Ipoh nih kecik, Tp bapak besaQ gile. Naik barai moto aku nih nak sampai umah ko!" 

"C bai.! stakat Taman Cempaka ngan Taman Razaki nih x sampai 10 minit kot. Dah la datang tak bagitahu. Mati-mati aku ingat Dianna datang bawak assignment Pn. Norlia td. Aku ade gak soh die belikan lunch utk aku. Dah pukul 2 kot. Boleh mati kebulur aku camnih. Minah nih pon manenye tak sampai-sampai" - balas Alip

"Sabar la der. Tak lari klau gunung dikejar. Hahaha..! Ni ha.. Guwa nak bagi surprise kat lu. G tgk lam rega moto aku"

" Eh, Pesal ko yg bawak assignment nih? Nasik nih utk aku gak ke? - Alip mengukir sedikit senyuman tapi nampak kepahitan lam senyuman tu.

"Td ha.. Mase guwa on d way ke Kedai Kak Ton. Tetiba je minah tu kol guwa. Soh singgah umah die jap sbb ternampak guwa lalu depan umah die. Alih-alih dia soh guwa pass assignment nih kat ko then soh plak guwa tapaukan nasik nih utk ko. Baekkan guwa nih. Minah yg biarkan ko mati kebulur cakap nak g zoo taiping, jumpe skandal ape ntah."

"isk.. Budak2 remaja skang nih. Nak berskandal pon ngan babun dalam zoo. Yg segak bergaya macam aku nih x nak la plak. Mentang-mentang aku pakai moto cabuk Yamaha Sport je" - Alip buat muke sedih

"poddah.! muke elok skit je dari babon, ade hati kat Dianna konon. Guwa tak pe la kekacakan tu ada"

Kah!! Kahh!! Kahh!!
kedua-dua ekor beruk pon ketawa berdekah-dekah.

*******
Enjin dimatikan sekali lagi bersebelahan van rojak buah di Padang Polo. Rojak nih memang agak popular di sekitar bandar Ipoh. Dah jadi trend kehidupan pelajar poli. Beli rojak kemudian lepak di pondok yg disediakan di tepi-tepi padang. Muke bertentangan dan mule adegan-adegan panas berlaku disitu. Aku tak ambik pusing perkara-perkara tu selagi tak melibatkan aku.

 Aku pon mengambil port pondok yg ujung skali. Pondok yg agak tersembunyi. Agak terlindung dengan pokok-pokok yg ditanam oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Kasut Adidas Superstar aku diletakkan di tangga. Aku mengambil beberapa helai surat khabar yg ditinggalkan sebagai lapik utk aku bersila. Sambil aku nikmati rojak tu aku membuka jam sambil berangan menyuap rojak gadis yg secantik Lisa Surihani di pondok tu.

tiba-tiba

" eh, sapa plak tinggai cincin nih.!?" - cakap aku sendirian

2 bentuk cincin terselit di celah pagar pondok.
"cilaka! mesti budak-budak yg beromen nih tinggai kat cni. Ahh aku dulik apa" 

Aku pon menyarung cincin tu di jari manis dan kelingking. Sebab salah satu cincin tu saiznya agak kecil. Cincin-cincin itu diperbuat dari silver agak nya.. Sah.!! tertera 925 di bahagian dalam cincin. Ukiran sangat cantik walaupun aku nih jenis tak tahu seni ukiran. Ukiran bermotif diamond dan daun pada cincin besar. Cincin yg berada di jari manis aku plak tiada ukiran. Cuma terdapat dua garisan berhampiran dengan sisi kiri dan kanan cincin itu. Kedua-dua cincin nih keadaan sgt elok. Tak de langsung kesan calar-calar.

"mungkin owner cincin nih putus cinta kot. Sebab tu la dia tinggai kat sini" aku berbisik sendirian

Sesudah je rojak dihabiskan. Terus aku balik ke rumah. Keadaan mendung sejuk membuat mata aku lali. Kipas brand KDK pulak berpusing dan radio cabuk dipasang. Memang tabiat aku.

Tido
******

Kuk... kukkk.. kukk.. Amin mengetuk meja study.

"weh kronik! dah maghrib"

Tersentap seketika. Mata aku terkebil-kebil melihat Aman agak berlainan kali nih. Berkali-kali mata aku digosok. Memang sah apa yang aku tgk.

"hang nih nak p kenduri doa selamat ke dengan kepiahnya, baju melayunya.. tak penah-penah guwa tgk hang lagu ni"

"nak solat la" - Aman berlalu dengan selamba

"Alhamdulillah lah!! Ade gak peneman guwa kat syurga nnti.!! hehehe"

Aku pon bangun dari tempat tido. Seperti biasa ja aku ke meja study. Baju dibuka, seluar ditanggalkan dan dilemparkan  ke dalam bakul sebelah meja study.

"Hurm.. Agak2 nye bila la aku nak basuh baju-baju nih. Kan bagus ade bini, boleh lah dia basuh, jemur lipatkan baju-baju nih"

Gelang kulit, rantai banger dan cincin-cincin yg dijumpa tadi ditanggalkan. Eh! ada kekurangan ja. Aku mengamati betul-betul barang yg aku tanggalkan. Sial..!!!

"Jam guwa tertinggal kat pondok..!!"

Aku periksa betul-betul di tempat tido aku. Bantal, selimut, cadar semua aku lempar di lantai. Satu bilik aku geledah. Tak jumpa. Sah.! memang aku tinggal kat pondok.

Aku mandi dengan tergesa-gesa. Sesudah mandi, aku tunaikan rukun Islam yg kedua. Dengan segera aku ke pondok td. Kebetulan tak de sesiapa kat situ. Aku naik ke pondok tu. Tapi hampa. Jam tangan aku dah takde.!!! Sedih!! Walaupon tak mahal, tp banyak berjasa dan kenangan aku dengan jam tu..!! Itulah nasib kalau lalai sangat. Tambah pulak terlalu leka dengan cincin yg baru jumpa. Lepas nih aku janji akan lebih berhati-hati dan akan cermat setiap barang yang aku miliki.

Sumpah aku!!

**************

Kehilangan jam td betul-betul buat aku rasa tak selesa. Sentiasa teringat dan makan masa untuk aku sesuaikan diri dengan kehilangan jam tangan. Sesekali aku terpandang tangan kiri bila mahu melihat jam. Tp kosong...

 Sekarang baru aku sedar. Hubungan kita sesama insan.. Jangan kita abaikan yg memang dekat dan milik kita. Sama konsep dengan jam tangan tadi. Kita dah miliki. Tapi lalai dengan perkara yg baru. Terutama org yang kita sayang.

Walaupun sekarang nih kau dah dimiliki orang len, Aku tetap doakan kau bahagia.!!!

Sumpah aku..


sila abaikan ayaQ kotak.. heheh..




 p/s : cuba letak tangan kiri korang kat dada.. Rasa-rasa benda apa paling dekat ngan hati?

Wednesday 23 November 2011

Belated Wordless Wednessday! BAIK UNTOK KITA..!!!

Guyz..!!

Guwa rini agak lambat nak post pasal WW nih..! So, kira belated je lah ey.. Kui3.. Ala.. Besday buleh plak korang kira lebih kurang.. Buleh la ey.. Please2..!! hihi 

: )      (rasa cam comey plak buat cam nih)



p/s : guwa sangat tak teringin ayaQ nih!!


Monday 21 November 2011

Lu ada hal??

Guyz!

Guwa rasa.. Skang nih peminat-peminat bola semakin ramai. Melalui pemerhatian guwa, yg x penah minat bola tiba-tiba menjadi peminat setia bola. Guwa rasa banyak faktor la yang menyebabkan bola jadi permainan yg menjadi kegilaan org ramai.

Antara faktor-faktor nya...

1. Baru rasa CLASS bile org len cite pasal bole, org tu leh nyampuk.



Dollah Salleh : "eh, ritu aku tgk game Mokhtar Dahari timbang bola sampai palang gol. Gila dasyat. Ronaldo xde can langsung nak kelecek. Cian betul"

Saffe : "poyo la ang nih, aku ada time tu kot.. Ang x pasan ka??"

*********

2. Suka bertengkaQ team mana kuat sampai bertumbuk-tumbuk


Achmad : "Team aku nih kuat. mane de team len leh lap team aku.! Stakat Chelsea tu, Lauk-lauk ja. Player team aku siap bole menari2 sebelum buat score.! Ko ade??"

Asrul : "Ko jangan cakap besaQ besaQ sangat. Ko duk bising-bising nih ko duk sokong team mana?"

Achmad : "Team Jerai FC, Wakil Daerah Gunung Jerai. Minggu depan depa baru nak masuk Quarter Final"

Asrul : "........... oke"

***********
3. BF minat giiiiileeerrr bola


Ucux : Hye anje! Lame la x sembang-sembang ngan anje.

Anje : Bukan tadi tengahari da call ke gile??

Ucux : Sembang-sembang pasal bola la ngek!

Anje : Owh.. len kali abaQ siang-siang (gitau awal-awal).

Ucux : Anje, Ucux ade beli suar dalam utk anje, siap ade gamba Drogba lagi

Anje : Owh yeke!! wahh, X sabar nak pakai..!! ( dalam hati "pegi mampus la dgn Drogba kau tu" )

***********

4. Taik Judi


Pak Semaun : Ello Bro, Guwa da SMS team guwa! Lu jgn lupa nak bet lak nnti. Duit Guwa da kasi sama Ah Chong! Cukop game guwa kutip duit.!! (penuh konpiden dapat untung bila men forecas

Bookie : Oke boss! Guwa doakan lu menang! Itu dewa kaya mesti tolong sama lu

Pak Semaun : Thanx!

********

5. Keja part time kat  Al-Ikhsan

Kronik : Guwa cari baju mesia x jumpa2..!!

*********

Tu serba sedikit pasal peminat bola. Guwa x cakap kosong la. Klau korang x caye, try la tye membe-membe lu.! Hehe.. Guwa sendiri cam tu. Baju MU ade org bagi. So, Guwa pakai secara otomatik, dah di label sebagai MU fan. Seb bek la dapat baju team kuat. Hehehe.. Bole blagak sikit la.! Sumpah guwa x minat tgk bola! Tp guwa slalu main bola dan futsal masa skola.. Lu ada hal ka guwa minat ke tak minat??



p/s : Baju nih guwa beli kat uptown Perda. Rm 28 murah ke mahai???

Thursday 17 November 2011

KOnsert & Ceramah

Guyz!


Minggu lepas.  Guwa keja malam.. So, Pagi ari adalah time tido la. Dalam kol 12 tengahari cam tu. "trett..!!! treeett..!!" henpon nokia kecik guwa bunyik. Nak hangen pon xde maknenye. Guwa celik mata yg x brapa ikhlas. Tengok no yg call guwa tu area KL. "Adeh, bank mana plak yg tepon pagi2 nih?" sambil terpikir pagi ke?

*************
Kronik : helllloooo!

Company A : Hello, Saya dari Syarikat SCI COM. Boleh bercakap dengan En.Kronik?

Kronik : Ye saya.

Company A : En sila jawab 1 soklan dari kami dan En berpeluang menerima 2 tiket ke konsert search fenomena  percuma pada 19hb. En berminat?

Kronik : Free?? Oke je.! Kui3..

Company A : En ade perasan tak kat kotak rokok new pack ade perkataan 'RELOC'?

Kronik : Tak prasan lah. Rokok ape ey?

Company A : Dunhill lah.!

Kronik : Jap2. Nak ushar. Haa.! Ade..

Company A : Oke. En bagi alamat umah En

Kronik :  Eh?? Jalan A, 13600 Prai, Penang.. Yg tu je ke??

Company A :  A'ah. Yang tu je. Nanti En terima 2 tiket dari kami. Sekian terima kasih.



************
Guwa tercengang. Main2 ke ape minah nih. Macam tu pon boleh ke?? Hahaha.. Yang penting Ari ahad lepas guwa dah terima Tiket tu.. Tp, servis dah bertukar tangan. Kawan guwa mintak beli. So, Guwa jual je kat dia.. Walaupon hati yg berat, guwa redha.!! Guwa ada plan len utk ari  tu.

kuliah Ustaz Azhar Idrus 

p/s : kui2..

Buang tebiat

Guyz.!


Pagi nih mimpi apa ntah.. Guwa rasa cam nak taip2 ja.. Salam jumaat~

Slamat hari Jumaat,. Mintak maap ye klau ada salah silap. Ingat kena tungga raya je ke nak mintak maap? Hehe. Hari penghulu segala hari. Elok la kita bermaap-maapan.

Korang jangan nak mengulaQ ja. P buat keja.!! Hehehe.. Hat laki2 tu tghari ari nnti jgn lupa.! Semayang jumaat.. Rock2 jugak~ Solat jgn tinggai. Oke la guyz.! Have A Nice Friday.! Bukan Good Friday ye~ Hehehe. Peace yo.!

pic : from google. (xdak kena mengena)


  p/s : imej guwa google ja - SPRAY MALAM JUMAAT?? choi~

Tuesday 15 November 2011

Jangan pandang kecik

Guyz..!

Jangan pandang kecik?? Betul ke ayat tu?? Kui2.. Jangan pandang rendah kot. Tak pe la. Asalkan korang paham kan. Ni guwa nak crita si makhluk yg kecik. Tapi, sakitnya diri sendirik yang tahu. Haha.Tahu kan apa tu semut? SEMUT je guwa nak crita??  Hahaha.. bukan semut api, bukan semut hitam yg main lawan2 tu.. Ini SEMUT SELANGOR. Entah la. Guwa x penah tau pesai diorg panggey semut selangor. Nak cakap semut tu pakai jersi selangor xde la. Kaler semut nih merah ngan itam.. Tak sama kan ngan kaler jersi Selangor.! Tingat dialog KL gangster. " Pasar borong Selangor'' (slang omputeh).

Ni guwa nak tunjuk skit gambaQ semut yg x bape kacak tu.!


Tau kan? Tak tau?? google je la.

Tapi guwa nak crita pasal semut nih. Klau tak salah guwa, masa guwa umoQ dalam 7-8 taun.. Masa skola rendah la. Guwa penah kena sengat ngan makhluk kecik nih..

Gini ceritanya. Guwa ngan membe guwa a.k.a jiran sebelah. Main2 kat depan umah. Masa tu ade timbunan pasir2. Biase la kan. korang penah gak kan main pasir masa kecik2 dlu. Kat tepi pasir2 tu ade pokok pelam. Klau area kelantan diorg panggil pokok pauh. Jangan plak mandai2 g cakap pokok pele'.

Korang                      : pacik, saye nak buah pele' sekilo.
Pacik jual buah mangga : ok, mu g belake'. aku nok bagi ko mu buah pele'.

Haha..! Sure2 korang lari lintang pukang pas pacik tu follow korang g blakang.

Oke, balik cerita asal. Kat pokok pelam tu la si natang nih duk biak. Mase tengah main2 ngan si Fendi. Tiba2 guwa teriak.. Klau kat area penang nih teriak = nanges. Fendi tergamam jap. Hairan sebab pe. Rupanya semut nih baiknye menonggek sambil lepaskan air2 yg dah lama bertakung kat punggung dia. Cilakoi. Bole plak si Fendi ketawakan guwa.!


Guwa demam dekat seminggu. Bengkak nye sampai 4-5 ari baru surut.. Keesokan harinye Fendi jumpa guwa ajak main pasir lagi. Guwa tolak pelawaan dengan baik. Pas 2-3 ari, guwa dengar mama guwa cite, FENDI DEMAM SEBAB KENA GIGIT NGAN SEMUT SELANGOR.. Padan muke.. kui2. Gelak lagi hang kat aku.! Tuhan bayaQ cash. Tak main la kredit2..


Ni ade lagi crite minggu ni jugak.

Mase tengah makan kat kedai Pokok Ceri. Nama sempena pokok ceri yang tumbuh di sebelah kedai. Tengah sedap2 guwa minum sambil sembang2 ngan Zainol. Boleh plak semut nih gigit! Bila masa lak buat terjun tiruk dari pokok tu pon guwa x sedaQ. X sampai sminit, mulut guwa rasa pahit2. Meremang bulu roma sebab terkejut. Masuk arini dah 4 ari bengkak tak surut2. Haih la semut..

So, Korang ati2 la ngan semut tu ye. Jangan blagak hero cuba2 sengaja biar semut tu sengat. Kompom demam. Hahaha..

p/s : Kecik-kecik cili padi.. Yg kecik jangan sangka tiada bahaya nya. Hihi..

Monday 14 November 2011

Bila hari malang..

 Guyz..!

 Minggu lepas, minggu paling bz kat tempat keja.. Guwa kena siapkan beberapa kertas keja(kadang2 rasa cam keja kerani la plak).  Tp yg tiba2 bikin guwa panas bila lepas dari break time, guwa bukak lek file yg guwa save, ade plak error message kuar..! Hangen satu badan guwa.. Naseb bek la pc yg guwa gune pc company. Klau pc guwa, sure2 dah bersepah isi perut pc tu.


Tp member guwa yg x brapa hensem datang kat guwa. " Allo kawan, lu berbudi bahase sikit la dgn pc tu. Aku rase2 klau pc nih bole menjawab, kompom 'kimak' dia sound kat lu. Dah la siang malam lu blasah dia buat kija. Nah, amik pendrive nih. Dalam tu ada ubat. Guna sebaiknya."

Tersipu2 guwa dengan ayat mendalam mamat tu.. So, guwa pon guna la 'ubat' yg bole selamatkan data guwa tu. 

RECUVA
 
Nih Guwa bagi cara nak menggunakan nya memandangkan pagi nih guwa baik ati nak share ngan korang.

Cara menggunakannya amat mudah :


1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, http://www.filehippo.com/download_recuva dan Klik "Download".

OK, selamat mencuba dan semoga korang suma berjaya.

Tuesday 8 November 2011

Cherita Dongeng

Guyz..!

Lama dah guwa x ngadap blog nih. Agak bz tu x la, cuma malas ja. Bukan apa, saja nak fokus PESBOK.. heheh. Oke la. Cerita nya start Deepavali.

                    -------------------------------------------

Depavali.
Guwa cuti dalam 3 ari. Start cuti ari Sabtu dan mula start keja ari Selasa malam. So, Guwa ajak la kawan2 p mandi manda. Tapi suma x mau. So, guwa yg di Penang kol adik guwa kat Shah Alam.

Kronik : Ello bro, pukol 3 petang nih guwa mau p sana. Besok kol 8 pagi guwa
           gerak balik Penang semula. OK ka?

Erry     : OKE JE


-transport : SYM 250cc
-12 jam je kat Shah Alam / 5jam pergi 8jam balik sebb sesat sampai KL Sentral (cilaka.!)




Cuti ujung bulan
Guwa busan lepak kat umah. Pegi tanjung, pusing2 cari idea tempat nak lepak, then patah balik umah sbb x jumpe.. Sampai je kat umah guwa pon onn Facebook, ade mamat PM.

Fitri : Hello Bro.! Apa cer!?

Kronik :  Dah lama dah..

Fitri : Apa yang lama dah!?

Kronik : Ntah.. Kui3..

Fitri : Babi.. Jum p sedim

Kronik : Cilakoi. OKE JE

Fitri : Nak ajak sapa lagi?

Kronik : Tak payah ajak org len dah.. Depa suma kencing nnti

Fitri : OKE JE


Cuti Raya Aji ke 3
Tengah tido nyenyak. Treett.. teeett.. lagu Cinta Muka Buku berkumandang.. Cilake. Sapa la call pagi2 buta nih.. " voice call from NKO"

NKO : Weh, siap2 kaih. Smlam janji nak p makan Nasi KandaQ Kg Melayu ngan Hilmi

Kronik : Hala2.. Duk tengah mandi nih.

NKO : Mana da org angkat fon masa mandi la sengai.!

Kronik : Cibai, Kantoi plak! hehehe.. Sorry la bro. Tengah sikat rambut nih.

NKO : Hg jgn duk kencing la. Td hg mula2 angkat kol pon dah dengaQ hg
        berdengkoQ lagi. Lagi 15 minit aku sampai depan umah hg. Klau hg x siap
        lagi, aku sepak2 pintu umah hg..!

Kronik : OK JE


Sedang kitorang makan Nasi KandaQ Kg Melayu tu, tetiba ja Hilmi bagi idea

Hilmi : Weh, alang2 ada kat jum kita bukit bendera

Kronik : OKE JE

NKO : aku pon OKE JE





p/s : Guwa x pecaya pada janji2.. hahaha..