Tuesday 4 September 2012

Horn dan situasi

Hey ladies! (plak)

Salam sayang dari guwa. Gatai plak dah org tua nih kan? Saje nak tgk sape lagi gatai.. Hek3

gambar : google


Aniway, rini nak taip entry pasai HON. Kisah hon seantero pelusuk dunia. Eh, jap. Apa maksud saentero?? Guwa tak paham. Hehehe

Oke, mengikut kajian guwa tehadap hon. Kita bole ketegorikan beberapa jenis kegunaan hon. Mcm-mcm bunyik dan cara penggunaan nya.


1. Hon Persahabatan
Selalunya ia dibunyikan semasa berlakunya situasi yg dihadiri oleh dua atau lebih pemandu yg mengenali sesama lain. Ataupun pemandunya dalam kumpulan yg sama iaitu ahli kumpulan kelab atau pon mempunyai sticker kawan perumahan dan tempat kerja yg sama. Kes nih guwa respek sbb masih lagi menegur sesama sendiri. Takde la org cakap menyombongkan.

google
----------------------------------

2. Hon "Selamat tinggal"
Ia akan dibunyikan semasa pemandu hendak meninggalkan sesuatu tempat ataupun dibunyikan semasa berpisah dari sesuatu kelompok pemandu. Ye la kan. Tak kan la nak jerit papaiii mase atas jalan raya. Yg tak pekak pon tak kan dengar la bro.

gambar : google
-----------------------------------------


3. Hon "Ketepi lah"
Hon nih agak biadap. Guwa agak panas. Tp tgk la keadaannya. Ia sering berlaku bila Pemandu yg mmberi hon tu lam keadaan tergesa-gesa. Nak cepat sampai ke destinasi. tp kadang tu, bile dah bagi bagi laluan utk potong, bole plak bawak slow, kadang-kdg siap makan angin. Yg nih mang clake.

gamba : google
---------------------------------------------


4. Hon "Jalan la!"
Yang nih mang tadak akai. slalu jadi mase kat traffic light. Paham2 la, kekadang tu driver depan bawak keta manual. nak masuk gear lagi, nak setting minyak lagi. Kena plak yg driver baru, siap mampus keta bila lepas clutch.  Akak tu xpe la. Keta auto. Tu pon penah mampos gak keta akak.

nah amik hg! xyah sapa2 jalan
-------------------------------------------------


5. Hon " Hai cik adik manis"
Hat nih korang pikir sendirik, YMTT.

gambaQ : google
-----------------------------------------


6. Hon "Dari start sampai keta mampos"
Ni kes kawan guwa. Dari umah sampai tempat keja. Hon memanjang jek. Sume kete bagi laluan. Sbb hon rosak. Rasa cam VVIP plak dia. Mang caker.!

Imagine sendiri lah! :P



p/s : guwa tak perasan yg keta guwa dah setahun rosak sbb x penah gune. Hok nih fakta!

Monday 3 September 2012

Papa Nakal

Hey guys!
Sumber : google

Amacam ngan merdeka? ada bagus ka?? Hope korang suma heppi-hepi. Awat baru-baru nih heboh pasai logo merdeka 55taun? (saje nak bangkitkan isu) 

 Rini guwa taip entry dengan bertemankan lagu Ezad. Ada org cakap dia tu iras2 guwa. Oke, guwa tipu ja 

:)    (budget comel bile buat emo nih.hik3)



Skang ni guwa baru tau camna idup perantauan. Sebab guwa dah kuar dari sarang guwa. Bayangkan la minggu pertama guwa hadapi kehidupan sorang-sorang di tempat org. Siap nanges-nanges, tepon mama guwa, kunun nya guwa oke. Padahal menanges sampai berjejeh hingus atas toto. Sape cakap muka brutal x ley rindu mama? huh!

Ade gak kawan-kawan guwa cakap, hati-hati la kat sana. Nnti culture shock la, kejutan budaya la (eh.samakan.?). Oke, nasihat lu guwa dengar. Tp x macam culture shock pon. Sama ja guwa tgk KAMPUNG guwa dengan bandar KEY ELL nih. Cuma bezanye gardis-gardis nye la.. aumm!

hihi.. awek Key ELL ke??
So, tiap-tiap ari guwa mangun dari tidoQ seawal kol 5.45 pagi. PAGI ye.. Pegi keje ngna moto cabok guwa. Flashback jap. Moto tu guwa pos dari KAMPUNG guwa. RM190 tu bhai. Kalau guwa tunggang natang tu ke sini, mang bontot guwa dah macam tembok la.. Hehe.

Sambung lek.

Guwa balik keja lebih kurang kol 8 camtu la. Tu la rutin harian guwa. Sampai je kat umah, guwa mandi-mandi, pastu pakai wangi-wangi.Kuar la g makan dengan housemate guwa. Yeay! Guwa dah ade housemate dah.. Slalu housemate guwa, mama ngan ayah je. hek2

So, pas makan guwa akan balik umah. Tp kadang-kadang tu mang guwa hangen, ade seko natang nih. Mang anjeng betul anjing ni. Bukan main suke main kejar-kejar ngan guwa. Guwa letih..! paham tak! Tak paham betul anjing nih. Anjeng betui! Kadang-kadang tu, bile guwa pandang blakang je, guwa nampak dia ketawakan guwa. Bedekah-dekah dia gelak. Kecik besar kecik besar je guwa nampak anjeng tu.

So, guwa pon masuk kebilik guwa yg cumel bertemankan laptop DELL yg diberi pinjam oleh kampeni utk kegunaan kerja. Opss.. Mintak maap la boss. guwa terpaksa salahguna jap. hehe.

Guwa pon menekan baten ON laptop tersebut yg berada diatas meja yg berkaler agak x best. Ini satu kes yg guwa x puas ati. Guwa dah bajet mase beli tu guwa nak angkat kaler ijau putih. Baru nampak cam meja budak TASKA. Sampai je guwa kat umah, guwa pon nak pasang sebab meja tu DIY. Kotak dikoyak dengan penuh berhati-hati.  Seketika kemudian guwa dengan sepantas kilat berlari-lari anak ke arah toilet. Berdekah-dekah Abg Man ngan si Wan ketawa. Dari toilet kedengaran mangkuk-mangkuk tingkat menjerit "kaler rose siot!". Seminggu jugak la guwa terpaksa bernanahkan telinga akibat dibahan. Asal je guwa masuk bilik, kompom ade novel siap terbuka cam org ngah bace. Dengan lampu meja terpasang! TerbakaQ je ati guwa nih.

sgt la horror kaler nya!


Berbalik cerita asal

Laptop pon di ON. Guwa pon belek-belek pesbok sambil membalas chat dari awek-awek fren guwa. Kadang, guwa layan Oh!tidak. Kadang-kadang guwa layan Blog serius. Mcm-mcm lagi la. Last-last guwa mesti buka blog Kronikacak. Guwa pon saje belek-belek entri lama. Bile sampai satu masa, guwa tekan new entry. Tapii.. huh.! no idea!!! Please..!!  Sambadi bole bagi idea tak untuk guwa buat satu entri. Guwa hampir sangap menaip nih..

sumber : Encik google la!

p/s : tajuk entri ni sangatlah tiada kaitan dengan isipadunya.