Tuesday 23 August 2011

Kau bodoh atau aku??

Hari minggu
pic : from google

Sememangnya hari yang sungguh busan kalau hanya duduk di rumah mengadap tb dan roomate saja. So, aku mengajak Lan kluar berpoya2 kat shopping complex di Gurney. Keta dipanaskan sambil rokok dicucuh ala-ala cowboy. Aku mengenakan baju tshirt kotak2 biru merah dan berseluar jeans Levi's Hong Kong Gred AAA yg dibeli raya tahun lepas. Lan pula bersajak dengan baju kemeja berbelang halus biru dan putih, berseluar Dockers warna khaki. Kasut converse pula dibeli sempena gaji kedua bekerja di kilang KOBE.

So, NEO CPS putih berplate PKD 6224 meluncur laju membelah jalan raya. 30 minit pun berlalu maka 2 jejaka ni pon sampai destinasi dituju. Pintu parking dibuka, resit diambik. "Clake, 1st hour parking ari minggu Rm3 dan Rm2 jam berikut nya" aku berbisik sendirian. Lan mendengar tp sengaja buat tak tahu. Dasar nak melepas diri dari bayar parking.!

Aku & Lan pon masuk kedalam Gurney Plaza.

Gurney Plaza tu sebenarnya ramai dikunjung oleh pengunjung2 luar negara, lebih2 lagi dari Timur Tengah. Walaupon berpurdah, tetap nampak menawan. Apatah lagi awek2 yg datang dari Korea, Jepun.. Macam Barbie Doll. Seluar pendek yg sejengkal saiz cawatnya memang buat aku ngan Lan tergumam bila berselisih.

Lebih kurang 2 jam meronda sambil window shopping, Lan pon bersuara. "weh, aku lapaQ".

So, kitorang pon mengorak langkah menuju ke restoran yg ada dalam plaza. Satu demi satu restoran kitorang lalu, tapi xde satu pon yg berkenan dihati, akhirnya kami sampai ke restoran A&W.

Lan : Weh, lama dah aku x makan beger A&W nih. Tringin plak nak rasa Float Root Beer dia nih.
         Jum singgah sini la.

Kronik :  Oke. view kat sni pon menarik jugak.

Kitorang pon oder la beger sorg sebijik dengan root beer sorg segelas. Lan yg sememangnya lapar dari tadi memakan dengan lahap. Lebih kurang dalam 10 min saja dia habiskan beger serta root beernya. Haih.. Gelojoh betui mamat nih.. Lan pon buka topik sebaik saja abis makan dengan topik aweknya yg jambu tu. Aku dah CEMUIH dengar hari2 pasal awek dia tu. Tp apa boleh buat, roomate. Demi menjaga hati Lan, maka aku terpaksa tadah telinga walaupun bernanah aku mendengar cerita dari Lan.

Sedang rancak mendengar cerita Lan, tetiba ja Lan berenti dan kaku seketika. "Weh Lan.! Hang masuk hantu ke ape??"

                  ****************************************************

nanti sambung lagi bole x?? penat naip nih..teringat lak beger A&W

3 comments:

MiSS JiJ said...

ha3..ade plak to be continue...

En. Kronik said...

hik3.. ngantuk plak nak sambung cite.. ekeke.. nntikan sambungannya~

MiSS JiJ said...

ha3..ckp jela mls nak type..tu msti pas ry br smbung cite...